Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam berhampiran Bukit Gambir itu, pemandu berkenaan yang berusia 34 tahun cedera di bahagian dada dan dikerjakan ke hospital.

Ketua Polis daerah, Superintenden Mohad Idris Samsuri berkata, 13 penumpang tersebut pula tidak mengalami kecederaan serius kerana hanya mengalami luka-luka kecil.

"Bas dalam perjalanan menghala ke Johor Bahru itu dipercayai terbabas sendiri ketika tiba di tempat kejadian sehingga menutup kedua-dua laluan akibat terbalik dan melintang.

"Pemandu yang cedera kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar, manakala kesemua penumpang terbabit sudah dibenarkan pulang setelah dirawat," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Kemalangan tersebut mengakibatkan kesesakan lalu lintas dipercayai hingga berpuluh kilometer termasuk kenderaan para penyokong pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dalam perjalanan pulang dari Stadium Shah Alam di Selangor. -UTUSAN ONLINE