RAUB SELAMAT
RAUB SELAMAT

Ketua Polis Daerah Segamat, Superitenden Raub Selamat berkata, suspek yang berusia 31 tahun itu ditahan di sekitar bandar Segamat pukul 11 pagi untuk membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan pihaknya kini sedang menunggu laporan perubatan daripada pihak Hospital Daerah Segamat.

“Suspek di tahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan kami memang mengambil berat kes penderaan kanak-kanak,” katanya ketika dihubungi. - UTUSAN ONLINE