Muhammad Zaki Supaid, 34, memberi­tahu, pembukaan IKEA Tebrau di bandar raya ini memboleh­kannya membeli pelbagai jenis pe­rabot untuk kediamannya dengan mudah.

“Sebelum ini, ji­ka saya mahu membeli sesuatu produk IKEA, saya perlu berkunjung ke pasar raya IKEA di Kuala Lumpur ataupun di Singapura.

“Namun kini, saya tidak perlu membuang masa dengan me­nempuh perjalanan jauh ataupun ke luar negara semata-mata untuk berkunjung ke IKEA,” katanya yang merupakan seorang usahawan.

IKEA Tebrau yang mula berope­rasi November lalu merupakan pasar raya IKEA ketiga dibuka di negara ini selepas IKEA Damansara dan IKEA Cheras di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Nurdzilah Awa­lu­ddin, 32, pula mengakui gemar berkunjung ke Angsana Johor Bah­ru Mall untuk mendapatkan barangan keperluan harian, terutama­nya semasa sam­butan Hari Raya Aidilfitri.

“Terdapat ba­nyak pilihan kedai yang boleh di­kunjungi untuk mendapatkan ke­perluan perayaan. Malah, barangan yang dijual tidak terhad dengan pakaian semata-mata.

“Pusat beli-belah itu turut menawarkan pelbagai bara­ngan lain seperti kuih-muih dan barangan keperluan rumah,” katanya yang menetap di Masai.