Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, pusat pemindahan di Sekolah Agama Kampung Cahaya Baru di sini yang dibuka pukul 7 malam menempatkan 15 orang termasuk satu bayi lelaki daripada enam keluarga.

Katanya, seramai 12 mangsa banjir daripada tiga keluarga dari Kampung Kangkar Tebrau pula ditempatkan di Balai Serbaguna Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kangkar yang dibuka pukul 5 petang.

"Hujan lebat selama kira-kira dua jam mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar bandar raya ini, Pasir Gudang dan Kulai dilanda banjir kilat pukul 4.10 petang tadi.

Antara kawasan terlibat adalah kampung Maju Jaya, Seelong dan Kempas Lama, Kampung Kangkar Tebrau di sini dan juga Kelapa Sawit di Kulai. - UTUSAN ONLINE