Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat berkata, setakat 6 petang ini, kawasan terjejas di Mersing melibatkan Air Papan, Kampung Tanjung Genting, Kampung Tenglu Besar, Kampung

Kelantan, Semanyir, Endau, Kampung Air Tawar, Kampung Pengkalan, Kampung Air Merah dan Kampung Jemari.

“Satu PPS di Mersing iaitu di Balai Raya Taman Nakhoda sudah ditutup pukul 12 tengah hari tadi. Tujuh mangsa dari tiga keluarga sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Sementara dua PPS di Kota Tinggi iaitu di Surau Sungai Buntu ditutup pukul 12 tengah hari dan Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Ramunia ditutup pukul 5.30 petang tadi. Oleh itu semua mangsa banjir di Kota Tinggi sudah pulang ke rumah,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Katanya, pemantauan banjir dilakukan berterusan melibaktan pelbagai agensi antaranya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jabatan Pengairan dan Saliran. - UTUSAN ONLINE