Disebabkan jalan yang terus dibiarkan rosak tanpa dibaiki itu, penduduk setempat terpaksa meletakkan penghadang jalan plastik bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Mohd. Azizi Abdul Majid, 33, mendakwa, jalan itu telah rosak sejak beberapa bulan lalu dan hanya ditutup menggunakan penghadang jalan plastik namun tiada usaha untuk menurap semula.

“Keadaan ini sudah pas­tinya menyukarkan penduduk di taman perumahan ini memandangkan ia merupakan jalan utama di kawasan berkenaan.

“Justeru, pihak berkenaan diminta membaiki jalan tersebut dengan segera bagi keselesaan penduduk,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, tindakan segera perlu dilakukan kerana jalan berkenaan digunakan setiap hari untuk keselamatan penduduk dan pengguna jalan raya.

Nurhanis Mohamad, 30, pula berharap, laluan tersebut diselenggara dengan baik mengikut waktu dan tidak membiarkannya rosak bagi tempoh yang lama.

Katanya, jika penghadang jalan plastik tidak diletak akan membahayakan terutama penunggang basikal kerana laluan itu tidak rata apatah lagi pada waktu malam.