Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Atasi masalah pencemaran minyak

BUKHARI ABD. RAHMAN (kanan) bersama-sama bergotong-royong melapah daging dalam Program Korban Perdan
BUKHARI ABD. RAHMAN (kanan) bersama-sama bergotong-royong melapah daging dalam Program Korban Perdana Pengerang 2017 di Padang Dewan Komuniti Taman Bayu Damai, Pengerang, semalam.

KOTA TINGGI 5 Sept. - Pihak berkuasa digesa memantau dan mengambil tindakan terhadap pencemaran alam sekitar melibatkan tumpahan minyak kapal di perairan Pengerang dekat sini terutama berdekatan kawasan pelancongan.

Ahli Dewan Undangan Nege­ri (ADUN) Tanjung Surat, Datuk Syed Sis Syed Abdul Rahman berkata, pencemaran itu sekiranya di­biarkan akan merosakkan ka­wasan pelancongan, me­ngan­­cam hi­du­pan laut dan menjejaskan pen­dapatan nelayan yang ber­gantung sepenuhnya pada tang­kapan ikan.

“Justeru itu, saya harap perkara ini dapat ditangani segera oleh pihak berwajib kerana mereka yang bertanggungjawab ini hendaklah dikesan supaya tindakan diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian ke­pada pemberita sele­pas merasmikan Pro­­­­gram Korban Perdana Pe­ngerang 2017 di padang Dewan Ko­muniti Taman Bayu Damai, Pengerang di sini hari ini.

Baru-baru ini ber­­laku tumpahan minyak hingga menyebabkan ko­toran dengan tom­­pokan hitam di se­panjang pantai Tan­jung Batu Layar dan Punggai di daerah ini.

Kegiatan tersebut sudah berlaku beberapa tahun kebelakangan ini terutama kegiatan memindah minyak dari kapal ke kapal secara haram di perairan Pengerang.

Syed Sis berkata, masalah itu perlu diatasi sebelum keadaan bertambah buruk agar ekosistem hidupan marin di situ tidak musnah manakala mata pencarian nelayan Pengerang terjamin.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 21 lembu korban di­sumbangkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pengerang, Pet­­­­ronas, Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC), Masjid Al-Falah Pembangunan Ber­se­­padu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), Pasar Malam RAPID serta Badan Kebaikan Pekerja Petronas dan Koperasi Pengerang Jaya (Ko­peja).

Program itu katanya, melibat­kan le­bih 200 sukarelawan dan pen­duduk sekitar Pengerang yang bergotong-royong menyembelih serta melapah sebelum diagihkan kepada penerima terutamanya golongan kurang berkemampuan dan fakir miskin.

Sementara itu, Yang Dipertua PBT Pengerang, Bukhari Abd. Rahman berkata, semua lembu tersebut diagih dan diserahkan ke­­pada pengelola atau wakil yang seterusnya mengagihkan da­­­­gingnya di kawasan masing-masing kepada mereka yang layak.

“Kerjasama ditunjukkan ma­syarakat setempat sangat baik dan membanggakan. Kita berharap ia mampu memberi manfaat ke­pada penduduk beragama Islam di kawasan setempat,” katanya ditemui pemberita selepas majlis tersebut.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain