Ular sepanjang hampir enam meter itu disedari pemilik rumah kira-kira pukul 1.30 pagi apabila terdengar bunyi riuh sekumpulan ayam peliharaanya di dalam reban.

Pegawai APM Batu Pahat, Kapten (PA) Mohd. Faizie Abd. Aziz berkata, pihaknya berdepan kesukaran untuk menangkap haiwan itu kerana kawasan sekitar reban ditenggelami air bah sehingga paras buku lali.

“Kami berjaya menangkap ular terbabit dengan bantuan penduduk kampung setelah hampir 40 minit operasi kerana haiwan itu bertindak agresif ketika cuba didekati,” katanya ketika ditemui di Pejabat APM daerah di sini, sebentar tadi.

Sehubungan itu, Mohd. Faizie menasihatkan orang ramai terutama mangsa banjir untuk mengawasi anak masing-masing agar tidak bermain air banjir kerana dibimbangi haiwan berbisa berada di sekitar itu. - UTUSAN ONLINE