Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Akademi Kem Kaizen perkenal dua aktiviti baharu untuk peminat sukan lasak

Para Peserta program XTreme Outdoor In Pontian di Kem Kaizen,
Para Peserta program XTreme Outdoor In Pontian di Kem Kaizen, Gunong Pulai, Pekan Nenas, Pontian, Johor, semalam.

PONTIAN 26 April – Akademi Kem Kaizen di Gunong Pulai di sini akan memperkenalkan aktiviti flying fox dan abseiling khusus untuk mereka yang gemarkan sukan lasak atau ekstrem.

Menurut Pengurusnya, Sofiyuddin Salamian berkata, aktiviti itu merupakan produk baharu di akademi tersebut yang sinonim sebagai tempat penganjuran kursus kepimpinan dan jati diri.

“Aktiviti abseiling memerlukan peserta menaiki tangga menegak dan turun pada paras ke­tinggian 30 meter dengan kaedah serta cara yang betul bagi mengelakkan kecederaan.

“Flying fox pula perserta akan melalui cabaran bergayut pada tali dari tapak platform menara ke pulau buatan sepanjang 82 meter dengan tunjuk ajar tenaga jurulatih,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas ditemui dalam program pelancaran Xtreme Outdoor In Pontian di Akademi Kem Kaizen di sini baru-baru ini.

Pada pelancaran itu seramai 80 peserta dari jabatan dan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan kelab-ke­lab sukan me­ngambil bahagian dalam acara tersebut.

Sofiyuddin berharap generasi muda dan mereka yang berani menyahut cabaran akan datang ke akademi tersebut untuk me­nguji kemampuan dan pengalaman baharu itu.

Katanya, akademi berkenaan yang mula beroperasi sejak 1995 menyediakan kemudahan tersebut memandangkan tiada tempat di daerah ini yang menawarkan aktiviti seperti itu ketika ini.

Sofiyuddin yang merupakan anak sulung kepada pengasas Kem Kaizen, Salamian Surip, mem­beritahu, lokasi akademi itu terletak di kaki Gunung Pulai dengan mempunyai bentuk muka bumi yang sesuai untuk sukan lasak termasuk aktiviti berbasikal bukit.

Tambahnya, kemudahan itu akan menjadi tempat sukan lasak di negeri ini selain di Tanjung Leman, Mersing yang diuruskan pihak swasta selain di institut latihan milik kerajaan.

“Kami masih meneruskan program-program kepimpinan pelajar-pelajar sekolah, pemimpin belia, pemimpin NGO, kakita­ngan awam dan sebagainya sesuai de­ngan maksud Kaizen yang inginkan perubahan dan pembaharuan,” jelasnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain