Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Air lebih bersih, jernih

CSTP proses lebih 33,000 meter padu sehari ssseair,kumbahan sehari

MOHD. ZAM MUSTAMAN (kiri) bersama Pengurus Kontraktor, Mohd. Azmin
MOHD. ZAM MUSTAMAN (kiri) bersama Pengurus Kontraktor, Mohd. Azmin Zaini menunjukkan perbezaan kualiti air dari Sungai Segget yang telah dirawat di Kompleks Rawatan Kumbahan Bersepadu (CSTP), Johor Bahru, semalam. utusan/Raja Jaafar Ali

JOHOR BAHRU 12 April - Transformasi Sungai Segget dengan keadaan air su­ngai lebih jernih pada kelas IIB dapat dilihat dalam masa setahun menerusi proses rawatan dijalankan di Kompleks Rawatan Kumbahan Bersepadu (CSTP) di Jalan Tun Razak, di sini.

Ketua Projek Pengurusan Program Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Mohd. Zam Mustaman berkata, CSTP yang menelan kos RM120 juta kini mula beroperasi sepenuhnya selepas melalui tempoh percubaan dan pemerhatian selama tiga bulan.

Beliau berkata, kompleks ra­wa­tan kumbahan tertinggi di negara ini yang dibina di kawasan berkeluasan 5,455 meter persegi mempunyai keupayaan memproses air dan kumbahan sebanyak­ 33,750 meter padu sehari atau 1,406 meter padu sejam.

“CSTP yang dilaksanakan di bawah Projek Transformasi Su­ngai Segget bakal merubah keada­an airnya yang merupakan sungai kedua tercemar di negara ini pada kelas IV. Proses ini secara langsung dapat me­ningkatkan kualiti air di Selat Tebrau.

“Dalam jangka masa enam bulan hingga satu tahun, orang ramai dapat menikmati keadaan sungai dengan air yang jernih dan selamat bagi aktiviti riadah, iaitu pada kelas IIB,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke CSTP di sini.

Mohd. Zam berkata, kompleks setinggi 11 tingkat itu mempunyai kapasiti merawat sisa kumbahan kira-kira 150,000 penduduk di pusat bandar serta di kawasan sekitarnya serta meliputi kawasan tadahan Sungai Segget seluas 3.6 kilometer.

Katanya, setakat ini CSTP hanya menggunakan kira-kira 10 peratus daripada keupayaan memproses kumbahan di loji berkenaan dan dijangka akan terus meningkat mengikut keperluan semasa.

“Kompleks yang beroperasi 24 jam sehari ini mengumpul kira-kira dua hingga lima tan sampah dalam tempoh seminggu bagi cuaca biasa dan boleh mencecah sehingga lima tan sampah sehari ketika hujan lebat.

“CSTP juga mengguna pakai Sistem Kawalan dan Perolehan Data (SCADA) bagi memantau pemprosesan air sungai, air la­rian tercemar dan air kumbahan di kompleks rawatan berkenaan,” katanya.

Katanya, IRDA akan menye­rahkan CSTP kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) untuk mengambil alih operasi kompleks berkenaan dalam tempoh terdekat yang merupakan sebahagian daripada projek di bawah Pelan Transformasi Johor Bahru.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain