Perlepasan jawatan berkenaan dinyatakan beliau dalam satu kenyataan rasmi kepada pihak media di sini sebentar tadi.

Abd. Latif bercuti daripada memegang jawatan berkenaan sejak 10 Mac lalu bagi membantu siasatan skandal rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri ini.

Semalam Abd. Latif bersama-sama seorang perunding hartanah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan membabitkan rasuah bernilai lebih RM30.3 juta. - UTUSAN ONLINE