Pelantikan beliau diper­kenankan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Semalam, A. Rahim yang mula menjawat jawatan Datuk Bandar Johor Bahru ke-10 bermula Ogos 2015 meluangkan masa beramah mesra dengan para kakitangan pihak berkuasa tempatan berkenaan.

Sebelum dilantik menjadi Datuk Bandar Johor Bahru, beliau berkhidmat sebagai Pengarah Unit Pe­rancang Ekonomi Negeri (UPEN).

A. Rahim mula bertugas sebagai penjawat awam dengan menyertai Kementerian Perusahaan Utama pada Januari 1986 sebagai Penolong Setiausaha sebelum bersama kerajaan negeri pada Disember 1989 selepas dilantik sebagai Penolong Pentadbir Tanah Batu Pahat.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Amran A. Rahman dilantik menjadi Datuk Bandar Johor Bahru mengambil alih jawatan A. Rahim.