Peserta kem selama tiga hari yang bermula semalam itu terdiri daripada 48 lelaki dan 48 perempuan.

Ketua Fasilitator, Jumisara Chamili berkata, peserta dipilih dari semua daerah di negeri ini dan dibimbing oleh 22 fasilitator yang terdiri daripada guru agama.

“Program ini sebagai salah satu acara sempena Sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan yang dianjurkan di Johor Bahru pada pertengahan bulan ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar, Batu Pahat berkata, program tersebut bertujuan meningkatkan penguasaan, kefahaman dan kemahiran peserta dalam tulisan jawi.

Menurutnya, antara pengisian program termasuk memberi pengetahuan asas mengenai tulisan jawi, kemahiran membaca, menyelesaikan teka silang kata, kuiz dan permainan berasaskan tulisan jawi yang dilakukan menerusi latihan dalam kumpulan.

Katanya, prestasi semua peserta dinilai pada akhir program dan berharap kem tersebut dapat meningkatkan pengetahuan mereka.

Kem tersebut turut mendapat kerjasama akhbar Utusan Malaysia dan Johor Corporation (JCorp).