Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, inisiatif itu dijalankan bertujuan untuk meringankan beban keluarga kurang berkemampuan.

Beliau yang juga Pengerusi YPG berkata, program sumba­ngan tambang bas sekolah itu diperkenalkan sejak 2016 dan kini sudah memasuki tahun ketiga pelaksanaannya.

“Kerajaan negeri sentiasa pri­hatin dengan kebajikan ma­syarakatnya dan YPG merupakan satu institusi yang melaksa­nakan pelbagai program berbentuk kemasyarakatan.

“Antaranya termasuklah sumbangan tambang bas sekolah yang diberikan kepada 800 pelajar di daerah ini,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Permas.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Subsidi Tambang Bas Sekolah 2018 Pasir Gudang di Taman Scientex di sini hari ini.

Yang turut hadir Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Normala Abdul Samad dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Hasrin Kamal Hashim.

Sebanyak 800 penerima itu terdiri daripada lebih 600 keluarga dengan pelbagai latar belakang, membabitkan peruntukan berjumlah RM141,956.