Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, 80 peratus daripada 13,000 pegawai dan anggota akan bertugas seperti biasa.

“Ini merupakan pengorbanan yang dilakukan anggota bomba untuk menjaga keselamatan ma­­syarakat dan dengan rela hati bertugas pada Hari Raya Aidilfitri ini.

“Jadi, kita ucapkan terima kasih dan penghargaan kepada anggota bomba atas pengorbanan yang dilakukan,” katanya di Dewan Serbaguna Taman Kota Jaya, dekat sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Ketua Cawangan Khas Johor, Senior Asisten Komisioner Ahmad Ramdzan Daud; Ketua Polis Daerah K­­ota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah; Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora), Norazman Othman dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenggara, Hahasrin Hashim.

“Saya harap orang ramai yang pulang berhari raya rancang perjalanan, periksa kenderaan dan pastikan ada alat pemadam api kecil yang boleh digunakan ketika kecemasan,” katanya.