Pengarah KPDNHEP negeri, Khairul Anwar Bachok berkata, turut dirampas dalam serbuan tersebut tiga buah lori bernilai RM270,000 menjadikan jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM342,647.

Katanya, pemeriksaan dibuat mendapati premis berkenaan tidak mempunyai lesen atau kebenaran bertulis yang sah sama ada untuk simpanan atau pun untuk berurus niaga barang kawalan LPG.

“Kawasan tanah lot berpagar berkenaan dijadikan stor simpanan sementara barang kawalan sebelum diedarkan kepada pelanggan sekitar Masai dan Pasir Gudang.

“Dalam serbuan itu juga, pihak KPDNHEP turut mengambil keterangan seorang pemilik premis berusia 40-an dan seorang pekerja warganegara Indonesia juga berusia 40-an,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di stor simpanan KPDNHEP Senai di sini, hari ini.

Menurut Khairul Anwar lagi, pihaknya percaya individu ter­babit telah bergiat aktif dengan kegiatan tersebut antara tiga hingga lima bulan.