Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Udara JAS Malaysia, Wan Amirnordin Wan Kamaruddin ber­kata, daripada jumlah tersebut sebanyak 422 kes aduan disiasat sementara 227 aduan lagi adalah di luar bidang kuasa JAS.

“Kes aduan tertinggi adalah me­libatkan kualiti udara iaitu 487 aduan diikuti air sebanyak 71 aduan dan 20 kes melibatkan aduan tumpahan minyak.

“Daripada aduan tersebut, sebanyak 50 notis arahan dikeluarkan dan 25 kompaun dikenakan selain tindakan lain yang diambil seperti 117 amaran, 27 surat arahan, 93 dirujuk ke agensi lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pelancaran Stesen Pengawasan Kualiti Udara Daerah Segamat dan Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar di Klinik Kesihatan IOI Segamat di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan Pe­nge­rusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pensisikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat me­rangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah.

Menurutnya, sejumlah 458 lagi kes adalah dalam pemantauan pihak JAS negeri dan tiada pendakwaan mahkamah terhadap kes tersebut setakat ini.

Selain itu ujar beliau, pihaknya juga telah menjalankan sebanyak 893 rondaan mencegah pembakaran terbuka di seluruh negeri sepanjang tahun ini.

Dalam pada itu, jumlah titik panas yang dikesan di negeri ini sepanjang 11 bulan tahun ini juga menurun kepada 12 kawasan sa­haja berbanding 60 kawasan da­lam tempoh sama pada 2016.

“Bagi menangani pembalakan terbuka berpanjangan di kawasan tanah gambut, JAS dengan kerjasama Jabatan Perairan dan Saliran (JPS) telah membina 65 check dam geobag, 10 vheck dam konkrik dan 13 tube well di negeri Johor,’’ ujarnya.