Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Sr. Dzulkefly Ahmad berkata, angka itu membabitkan kediaman rumah teres, rumah bertingkat serta rumah berkembar.

“Kediaman rumah teres mewakili 34.83 peratus, manakala rumah bertingkat sebanyak 32.7 peratus dan rumah berkembar sebanyak 10.35 peratus.

“Sementara pecahan mengikut harga rumah menunjukkan kediaman paling banyak tidak terjual merupakan kediaman berharga RM500,000 dan keatas iaitu sebanyak 3,626 unit atau 59.78 peratus daripada jumlah keseluruhan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Undian Terbuka Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ) Taman Pulai Mutiara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE