Pengarah Pendidikan nege­ri, Shahrudin Sharif berkata, daripada jumlah, 35,152 adalah calon Sekolah Kebangsaan, 16,156 calon Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), 1,858 adalah calon Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan 958 adalah calon sekolah swasta.

“Pada tahun ini terdapat pertambahan seramai 363 calon berbeza dengan tahun lalu seramai 53,608 calon UPSR menduduki peperiksan itu dengan melibatkan 947 buah pusat.

“Calon mengikut daerah, Johor Bahru mencatatkan jumlah paling ramai iaitu 11,518 calon, diikuti Pasir Gudang 11,220 calon dan ketiga teramai Batu Pahat 6,386 calon dan paling sedikit ialah Mersing hanya 1,115 calon,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada tahun ini pihaknya membuka 951 pusat peperiksaan dengan melibatkan 6,427 petugas, 217 penyelia kawasan, 951 ketua pengawas, 951 timbalan ketua pengawas, 3,357 pengawas peperiksaan dan 951 pengemas bilik.

Shaharudin berkata, bagi menghadapi sebarang kemungkinan kepada calon semasa peperiksaan pihak jabatan me­lantik 21 ketua pengawas yang akan bertugas di 21 buah hospital kerajaan dan swasta di negeri ini.