Pengurus Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, mereka ditempatkan di Surau Hidayatul Muktadhin Kampung Tuah Jaya selepas balai raya kampung itu turut dinaiki air.

“Sebanyak 120 rumah ditenggelami air. Kawasan mereka dinaiki air selepas hujan lebat selama kira-kira dua jam,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Katanya, selain itu tujuh mangsa banjir di Kampung Seberang Gajah, Tangkak dipindahkan ke balai raya kampung berkenaan sejak pukul 1 petang tadi. - UTUSAN ONLINE