Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengetuai perarakan 77 kontinjen melibatkan kakitangan jabatan dan agensi kerajaan, pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat di sekitar daerah ini.

Turut mengiringi beliau, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalip Abd. Rahim, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Azmi Rohani dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Tan Sri Mohamad Aziz.

Sambutan di masjid berkenaan dimulakan dengan selawat nabi, bacaan ayat suci al-Quran selain syarahan agama bertajuk Kasih Nabi Membawa Ke Syurga yang disampaikan Kadi Daerah Kluang, Mohd. Taufik Shamsudin. -UTUSAN ONLINE