Ketua Polis daerah, Superintenden Zakaria Abdul Rahman berkata, penganugerahan itu sebagai tanda penghargaan terhadap anggota dan orang awam dalam memastikan keamanan negara terus terpelihara, khususnya di daerah ini.

“Kita akan terus menjadi ben­teng keselamatan negara walaupun menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran ketika menjalankan tugas,” katanya pada majlis berkenaan.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Wee Jeck Seng; Pegawai Daerah Pontian, On [email protected] dan Yang Dipertua Majlis Daerah Pontian, Kamaluddin Jamal.

Sementara itu, Pengerusi Ya­yasan Pencegahan Jenayah Ma­laysia (MCPF) Daerah Pontian, Datuk Zamrud Misdi yang tu­rut menerima sijil pengharga­an berkenaan berkata, sepanjang tahun lalu pelbagai aktiviti dan program dilaksanakan bagi mem­bantu mengurangkan kadar jenayah, khususnya mengenai langkah-langkah yang perlu di­ambil untuk meningkatkan aspek keselamatan diri dan keluarga.

Menurutnya, usaha seperti itu akan terus dilakukan bagi memastikan kadar jenayah dapat dikurangkan yang memerlukan gandingan dan kerjasama daripada pelbagai pihak, bukan semata-mata oleh pasukan kese­lamatan sahaja.

Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kawasan (2) Mukim Sungai Pinggan, Sulaiman Katinee, 60, turut mengakui anugerah yang diterima menjadi pendorong untuk terus membantu pihak polis membanteras jenayah.

“Penglibatan saya adalah ke­cil berbanding jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh pihak polis yang bekerja siang malam bagi memastikan keselamatan orang ramai,” katanya.