Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

350 sertai seminar MPSM-Utusan

PELAJAR yang menghadiri program seminar Hebat SPM 2017 bersama Utusan Malaysia dan Berkat Minda Reso
PELAJAR yang menghadiri program seminar Hebat SPM 2017 bersama Utusan Malaysia dan Berkat Minda Resources di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Kota Tinggi, Johor, semalam. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

KOTA TINGGI 10 Sept. – Seramai 350 calon Sjil Pelajaran Malaysia (SPM) dari 25 sekolah menengah di daerah ini menghadiri Seminar Hebat SPM 2017 anjuran Maj­lis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Cawangan Kota Tinggi dengan kerjasama Utusan Malaysia di sini hari ini.

Yang Dipertua MPSM Cawa­ngan Kota Tinggi, Baharom Ahmad berkata, menerusi seminar selama dua hari yang bermula hari ini, calon diberi pendedahan dalam empat subjek utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik.

“Kami memberi fokus empat subjek tersebut kerana Sejarah dan Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran wajib lulus manakala Bahasa Inggeris dan Matematik adalah syarat mema­suki institusi pengajian tinggi.

“Pada seminar kali ini selain melibatkan secara langsung pa­ra pengetua sekolah terbabit, kami turut menampilkan Majlis Perhubungan Pemimpin Pelapis Pendidikan (M4P) dianggotai Guru-guru penolong kanan bertujuan memantapkan program yang kami jalankan.”

Baharom berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas menghadiri seminar dua hari itu yang berlangsung di Dewan Jubli Intan, di sini hari ini.

Seminar yang dikendalikan Berkat Minda Resources itu di­ras­mikan oleh Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid.

Yang turut hadir Pengetua MPSM Johor, Mohamad Mahadi, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Zayadi Hassan dan Pengarah Urusan Berkat Minda Resources, Mahmod Mat Ali serta pengetua-pengetua sekolah.

Baharom berkata, pihaknya yakin seminar seumpama itu akan menjadi pemangkin kepada calon dalam menghadapi pe­periksaan kerana mereka mendapat pendedahan dan tip-tip berguna serta teknik memperoleh markah tinggi semasa menjawab soalan peperiksaan kelak.

“Bagi membolehkan calon dapat memberi tumpuan, sesi setiap subjek diadakan selama tiga jam yang disampaikan penceramah berpengalaman dan pakar dalam bidang masing-masing,” katanya.

Sementara itu, calon SPM 2017, Mariam Mazlan, dari Sekolah Menengah (SMK) Adela berkata, progam tersebut memberi penge­tahuan berbeza berbanding beberapa program serupa sebelum ini kerana penceramah terdiri daripada kalangan mereka yang berpengalaman.

“Saya berpendapat seminar ini amat bagus untuk meningkatkan prestasi dalam menghadapi pe­periksaan SPM nanti.

“Ini kerana para penceramah mendedahkan tip-tip dan kaedah menjawab yang ringkas dan menjimatkan,” katanya yang bercita-cita menjadi jurutera.

Begitu juga dengan Umi Mahmuddah Jamaluddin, 17, dari SMK Semenchu menyifatkan pengisian program seminar sangat mantap dan memudahkannya menjawab soalan yang dikemukakan.

“Saya yakin pendedahan dan kaedah yang diterangkan pence­ramah dapat membantu saya cemerlang A+ dalam mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Sejarah,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain