Pengarahnya, Mat Zin Bujang berkata, kesemua anggota terlibat akan bertugas dalam dua fasa, ia­itu sebelum dan selepas hari raya.

Menurutnya, fasa pertama pada hari ini dan esok, manakala yang kedua pada 17 dan 18 Jun ini.

“Sepanjang empat hari Op Bantu 17 ini, anggota yang bertugas akan ditempatkan di sembilan pejabat daerah agensi tersebut ia­itu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Segamat, Kota Tinggi dan Tangkak.

“Mereka bertugas mulai pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam dalam dua syif,” katanya semasa melancarkan operasi berkenaan di Pejabat Daerah Pertahanan Awam Johor Bahru, di sini semalam.

Mat Zin berkata, operasi tersebut bertujuan membantu pengguna lebuh raya yang mengalami kesukaran dalam perjalanan me­reka.

“Selain memberi bantuan ji­ka berlakunya kemalangan, Op Bantu ini turut akan membantu pengguna yang mengalami kerosakan kenderaan atau kehabisan mi­nyak.

“Pengguna lebuh raya yang mengalami sebarang masalah boleh hubungi talian 999,” kata­nya.