Pengurus Besar Jakel Segamat, Luqman Mohamed Jakel berkata, sumbangan tersebut merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya terhadap golongan yang memerlukan.

“Sumbangan seperti ini me­rupakan salah satu komitmen utama kami setiap kali menje­lang sesi baharu persekolahan bagi menyuntik semangat para pelajar untuk ke sekolah sama seperti pelajar yang lain.

“Kebanyakan penerima ban­tuan ini datang daripada go­longan keluarga yang kurang berkemampuan dan saya yakin sumbangan pakaian dan kelengkapan sekolah ini dapat meri­ngankan beban mereka,” katanya.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap, Norshida Ibrahim dan Pegawai Pendidikan Da­erah (Pendidkan Khas) Segamat, Masnawi Shamsuddin.

Seorang penerima, Nurulhuda Yaccob, 16, yang merupakan pelajar pendidikan khas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Buloh Kasap berkata, sejak dahulu dia menerima sumbangan pakaian sekolah baharu daripada Jakel.

“Sumbangan ini memang me­ngurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh keluarga saya setiap kali menjelang sesi persekolahan dan baju seragam yang saya pilih juga amat selesa dipakai,” katanya.