Jaafar Sidek Anuar, 61, seorang pesara kerajaan mengakui kerusi roda tersebut amat besar ertinya kerana dapat membantu pergerakan ekoran kaki kiri dipotong akibat diabetes kronik, kira-kira dua bulan lalu.

“Selepas kaki kiri dipotong, saya terpaksa mengharap bantuan isteri untuk bergerak kerana saya turut menghidapi penyakit buah pinggang dan jantung.

“Kerusi roda ini memudahkan urusan saya untuk pergi menjalani rawatan hemodialisis sebanyak tiga kali seminggu di Labis,” katanya selepas menerima sumbangan kerusi roda tersebut disampaikan Ketua Wanita UMNO Bahagian Labis, Haslinda Salleh.

Seorang lagi penerima, Sapinah Dolmat, 69, yang turut menghidap penyakit buah pinggang dan mengalami lemah pada bahagian kaki turut mengakui kerusi roda tersebut akan membantu pergerakannya.

Dia yang hampir 10 tahun menjalani rawatan hemodialisis mengharapkan bantuan anak lelakinya untuk memapahnya setiap kali mahu bergerak di dalam rumah.

Rashid Kasinon,59, yang terlantar selepas disahkan menghidap jangkitan kuman dalam paru-paru beberapa bulan lalu turut melahirkan rasa gembira menerima sumbangan kerusi roda tersebut.

“Hampir sebulan saya dirawat di Hospital Segamat sebelum ini dan selepas dibenarkan pulang ke rumah, saya tidak mampu berdiri dan terpaksa dibantu isteri untuk menguruskan diri.

“Kerusi roda ini akan memudahkan lagi isteri untuk me­nguruskan saya dan tidak perlu lagi mendukung saya untuk ke bilik air setiap hari,” katanya.