Dalam serbu­an yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada pukul 11.45 pagi itu, kesemua suspek yang ditahan itu berusia antara 26 hingga 38 tahun.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, kejayaan menumpaskan sindiket pengedaran najis dadah itu hasil daripada maklumat awam sebelum pihaknya melakukan risikan dan siasatan.

“Pada 12 Disember lalu, JSJN IPK Johor berjaya menahan dua lelaki dan seorang wanita di Taman Bukit Mutiara selepas disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah.

“Hasil pemeriksaan ke atas ketiga-tiga suspek, polis me­nemui 4.58 kilogran dadah jenis heroin dan syabu seberat 197 gram bernilai RM109,700,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Khalil berkata, selain rampasan dadah, polis menyita dua buah motosikal dan sejumlah RM7,150 wang tunai dalam serbuan terbabit.

Katanya, suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Polis Kontinjen Johor berharap masyarakat akan terus me­nyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah yang berlaku di sekeliling mereka,” katanya.