Ketuanya, Datuk Ir. Hamim Samuri berkata, peruntukan itu diperoleh daripada pelbagai sumber dan jumlahnya meningkat berbanding tahun lalu dan pihaknya akan memastikan pengagihan dilakukan secara lebih menyeluruh.

“Mereka terdiri daripada 2,800 penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan selebihnya merupakan penerima baharu yang belum pernah mendapat bantuan sebelum ini dan berjaya dikesan.

“Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk wang tunai RM100 dan hamper barangan bernilai RM50,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan di Parit Bunga, dekat sini baru-baru ini.

Menurut Hamim, UMNO bahagian itu sentiasa prihatin dengan keperitan hidup dilalui golongan kurang berkemampuan terbabit dan akan berusaha membantu meringkankan beban dalam bentuk bantuan yang bersesuaian.

Ujar beliau, sumbangan akan diberikan secara berperingkat di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Ledang dan diharapkan pemimpin setempat dapat memainkan peranan mengesan mana-mana keluarga yang layak untuk dibantu.

“Kita mahu nasib rakyat di parlimen ini sentiasa terbela dan tiada lagi yang terpinggir daripada menerima manfaat yang disediakan kerajaan,” katanya yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Beliau juga menggalakkan syarikat korporat untuk turut memberikan sumbangan supaya lebih ramai golongan sasar dapat dibantu dan mendapat pembelaan yang sewajarnya.