Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Md. Jais Sarday berkata, penyerahan kemudahan perumahan itu merupakan satu daripada pelaksanaan tujuh polisi kerajaan negeri untuk rakyat Johor.

“Kerajaan negeri bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin komited untuk menyediakan kediaman kepada semua rakyat negeri ini.

“Sehingga kini, sebanyak 15,139 unit RMMJ telah siap dan 15,000 unit lagi akan siap menjelang tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Majlis Penyerahan Kunci RMMJ dan KSSR Taman Pasir Putih yang dibangunkan Sime Darby Property Berhad itu. - UTUSAN ONLINE