Ketua Polis daerah, Superintenden Mustafa Bakri Salleh berkata, kesemua yang ditahan berusia antara 16 hingga 72 tahun dalam 186 serbuan dan melibatkan judi loteri ha­ram, judi online dan judi dalam bangunan.

“Dalam usaha membanteras kegiatan judi haram ini, polis dari cawangan perjudian, maksiat dan kongsi gelap (D7) bersama-sama ketua-ke­tua ba­lai polis telah melaksana­kan Op Dadu,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, pelbagai peralatan perjudian termasuk wang tunai sebanyak RM43,222 dirampas dalam serbuan berkenaan.

“Selain itu, kita turut merampas 162 telefon bimbin, empat komputer, lima komputer riba dan 139 mesin pencetak komputer,” katanya.

Seorang lelaki berusia 24 tahun yang menjadi penganjur judi online turut dibuang daerah selama setahun mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1963 (POCA), katanya sambil mene­gaskan bahawa usaha membanteras kegiatan judi haram akan dilakukan secara berterusan dan maklumat daripada orang ramai amat dialu-alukan.