Presiden Pertubuhan Generasi Muda Melayu Malaysia, Rosli Othman berkata, memorandum diserahkan pihaknya itu mengandungi sebanyak sembilan perkara.

Katanya, perhimpunan aman tersebut juga dianjurkan sebagai tanda taat setia rakyat kepada institusi Diraja di negeri ini.

“Antara isi kandungan memorandum itu adalah bantahan kami terhadap Statut Rom, Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

“Selain itu, perhimpunan ini juga bagi menunjukkan sokongan rakyat khususnya negeri ini kepada Sultan Ibrahim dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam bersuara demi kepentingan rakyat.

Memorandum itu diserahkan sendiri kepada Sultan Ibrahim menerusi tiga wakil perhimpunan terbabit.

Penyerahan memorandum tersebut dibuat selepas seramai kira-kira 300 peserta himpunan berarak dari Masjid Pasir Pelangi selepas selesa solat Jumaat. - UTUSAN ONLINE