Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan berkata, sijil berkenaan perlu diperbaharui setiap tahun. 


“Kepada semua peguam syariah di negeri ini, saya berharap pentauliahan ini akan digunakan dengan betul. 


“Usaha untuk memartabatkan Islam dan undang-undangnya tidak terletak kepada pihak mahkamah dan hakim sahaja, peguam syariah juga mempunyai peranan mereka,” ujarnya. 


Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis Penyampaian Sijil Guaman Syarie Negeri Johor 2019 di Jabatan Kehakiman Syariah Johor, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE