Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, bagi taburan kes hingga bulan ini mengikut daerah, Johor Bahru mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 55 kes diikuti Segamat 37 kes dan Kluang 30 kes.


Jelas beliau, kes kematian berkenaan dicatatkan ekoran sebanyak 228 kes penyakit kencing tikus yang dilaporkan dalam tempoh tersebut.


“Punca utama penularannya adalah daripada banjir atau tahap kebersihan persekitaran yang rendah,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi- UTUSAN ONLINE