Berangkat sama pada Majlis Istiadat Mengisytiharkan Pelantikan MenteriBesar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu ialah Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta anakanda baginda yang lain.


Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian.


Menurut kenyataan pada laman Facebook rasmi Sultan Johor di sini hari ini, majlis yang bermula pada 10.30 pagiitu dimulakan dengan bacaan doa oleh Mufti Negeri Johor Datuk Mohd Tahrir Kiyai Samsudin.


Pada majlis itu, 10 Exco yang mengangkat sumpah ialah Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Dzulkefly Ahmad (Kota Iskandar), Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu), Dr S Ramakrishnan (Bekok), Mohd Khuzzan Abu Bakar (Semerah).

Selain itu, Dr Sahruddin Jamal (Bukit Kepong), Mazlan Bujang (Puteri Wangsa), Sheikh Omar Ali (Paloh), Tan Hong Pin ( Skudai) dan Liow Cai Tung (Johor Jaya).

Pada Sabtu lepas, Osman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang ke-16 di hadapan Sultan Ibrahim di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, di sini.
BERNAMA