Turut berangkat ke majlis berkenaan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan anakanda yang lain.

Yang turut hadir Menteri Besar baharu, Datuk Osman Sapian. 

Majlis istiadat mengisytiharkan perlantikan Menteri Besar dan ahli Exco berkenaan berlangsung di Bilik Singgahsana, Istana Besar Johor Bahru kira-kira pukul 10.30 pagi.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsudin.

Ahli Exco yang mengangkat sumpah ialah Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Dzulkefly Ahmad (Kota Iskandar), Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu), Dr. S. Ramakrishnan (Bekok), Mohd. Khuzzan Abu Bakar (Semerah). 

Turut mengangkat sumpah Dr. Sahruddin Jamal (Bukit Kepong), Mazlan Bujang (Puteri Wangsa), Sheikh Omar Ali (Paloh), Tan Hong Pin (Skudai) dan Liow Cai Tung (Johor Jaya). 

Sabtu lalu, Osman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-16 di hadapan Sultan Ibrahim di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, Johor Bahru. - UTUSAN ONLINE