Pengerusi Koperasi Pekebun Kecil Daerah Batu Pahat, Dr. Hayati Md. Salleh berkata, ini berikutan pihaknya tidak dapat menghantar hampir 5,000 tan metrik kelapa sawit segar ke kilang berkenaan.

“Sejak berpuluh tahun lalu, ketiga-tiga koperasi di daerah tersebut menghantar kelapa sawit segar yang dibeli daripada ahlinya ke kilang tersebut untuk diproses.

“Tempoh penutupan selama tiga bulan bermula semalam amat menyeksakan pekebun kecil terlibat kerana ia adalah sumber pendapatan utama mereka,” katanya dalam sidang akhbar di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Setiausaha Koperasi Pekebun Kecil Daerah Kluang, Rahim Hasim dan Bendahari Koperasi Pekebun Kecil Daerah Pontian, Eqhwan Zakaria.

Semalam, sebuah kilang berdepan denda RM250,000 kerana menyebabkan pencemaran ammonia di Sungai Amran dan Sungai Sembrong Barat hingga mengakibatkan 250,000 penduduk terjejas bekalan air.

Tambah Hayati, lambakan sebanyak 200 tan metrik kelapa sawit di pusat pengumpulan berlaku hanya dalam tempoh satu hari kilang itu ditutup. - UTUSAN ONLINE