Pihak penganjur dalam satu kenyataan memaklumkan, program berkenaan bertujuan menanam minat membaca kitab suci al-Quran dalam kalangan masyarakat.

Program dianjurkan Pusat Islam UTM dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Majlis Azzikrul Hakim Johor dan Al-Quran Di Hatiku JDT.

Program dimulakan de­ngan solat Asar berjemaah, di­ikuti majlis Tadarus al-Quran, khatam al-Quran, bacaan doa khatam dan doa ibu-bapa, ce­ramah dan jamuan, sebelum diakhi­ri dengan solat Maghrib berjemaah.