Lebih 1,000 menu disediakan setiap hari dari pelbagai negara antaranya masakan tradisional Melayu, China, India, Indonesia, Itali dan Asia Barat.

Pengurus Besar Kanan Berjaya Waterfront Hotel, Tan Yew Chuan berkata, menu tersebut merupakan satu kelainan untuk pelanggan mencuba dan merasai pelbagai sajian.

“Pemilihan menu ini bagi membolehkan semua orang yang berbuka puasa di sini mencuba pelbagai makanan dari seluruh dunia.

“Antara menu yang pasti menambat selera ialah laksa Johor, nasi beriani, satey, kambing bakar, kari kupang istimewa, pelbagai jenis pasta dan kuih tradisio­nal,” katanya dalam majlis Berbuka Puasa Bersama Kanak-kanak Kurang Bernasib dan Media Johor di hotel tersebut baru-baru ini.