Festival yang diadakan selama dua hari bermula pukul 10 pagi hingga 11 malam itu diisi dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk pertandingan Buskers Ghazal, Bintang Remaja Ghazal dan Kompang Daerah Muar.

Majlis perasmian [email protected] dilakukan oleh Pegawai Daerah, Mohd. Noorazam Osman sebentar tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Datuk Mod Zaky Din.

Selain persembahan, pelbagai gerai jualan dan pameran turut disediakan untuk pengunjung mengetahui dengan lebih dekat keseniaan tradisional ghazal berkenaan. - UTUSAN ONLINE