Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, antara elemen penting pelaksanaan dasar itu termasuk memberi hak upaya kepada anggota masyarakat.

"Dasar itu bertujuan untuk mengajak orang awam melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti berkait kelestarian alam sekitar.

"Penglibatan masyarakat awam juga akan diiktiraf dan kerjasama mereka amat diperlukan untuk menjayakan program kerajaan ini," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Johor yang akan diadakan pada 21 dan 22 Oktober ini di Dataran Segamat. - UTUSAN ONLINE