Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata, perkara itu bagaimanapun tertakluk kepada keadaan.

“Tindakan Khazanah mahu melepaskan aset mereka merupakan perkara biasa dalam usaha sesebuah syarikat melakukan penstrukturan semula.

“Cadangan untuk kerajaan negeri membeli taman tema itu perlu melihat kepada persetujuan kedua-dua pihak iaitu penjual dan pembeli,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan media asing berkenaan hasrat Khazanah untuk menjual Legoland Malaysia Resort ketika ditemui pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE