“Memang ada seorang bayi dua bulan dirawat tetapi masuk hospital sebab masalah lain walaupun bayi berkenaan dari kawasan Pasir Gudang.

“Bukan semua kes dimasukkan ke hospital disebabkan oleh pencemaran. Kami masih sedang menyiasat,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini sebentar tadi.

Sejak kelmarin tular dalam media sosial mendakwa seorang bayi berusia tiga bulan menjadi mangsa krisis pencemaran tersebut.

Sehingga pukul 3 petang semalam seramai 480 mangsa baharu pencemaran toksik di Sungai Kim Kim dicatatkan sekali gus menjadika jumlah terkini mangsa 4,035. - UTUSAN ONLINE