Persidangan selama dua hari anjuran Ahli Majlis Pemimpin Muda Johor (JSLC) bersama Kementerian Pendidikan itu melibatkan pelajar luar negara dari Jepun, Itali, Yaman, Oman, Sri Lanka, Maghribi  dan Filipina.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Datuk Sulaiman Wak berkata, JISLC 2018 merupakan platform terbaik bagi melahirkan golongan kepimpinan dalam kalangan pelajar di negara ini.

"Pelajar-pelajar yang menyertai JISLC ini berusia antara 13 hingga 25 tahun dan kebanyakkan merupakan pelajar tingkatan lima.

"Melalui penyertaan pelajar dari luar negara juga dapat memberi pendedahan kepada pelajar kita untuk berkongsi idea dan pandangan secara global berkenaan isu-isu para pelajar di peringkat global," katanya ketika ditemui di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir Pengarah Pendidikan Johor, Shaharuddin Sharif dan Pengarah Projek JISLC 2018, Wan Haikal Wan Adlin. - UTUSAN ONLINE