Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim berkata, peringatan itu dibuat menerusi titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Saya amat terharu dengan sambutan yang diberikan rakyat negeri ini terhadap projek RIBJ.

“Semalam baginda bertitah supaya rakyat jangan terpedaya dengan mana-mana pihak yang mendakwa mereka mampu mendapatkan rumah itu menerusi cara yang diragui,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Setakat pukul 7 malam semalam, sebanyak 195,000 permohonan telah dibuat menerusi laman sesawang www.yayasansultanibrahim.org.my. - UTUSAN ONLINE