Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jamal lapor SPRM penyelewengan dana Yawas oleh Teresa

Jamal Yawas
JAMAL Md. Yunos (dua, kiri) hari ini tampil ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor bagi membuat laporan berhubung penyelewengan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas). - UTUSAN ONLINE

SHAH ALAM 16 Mac - Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos hari ini tampil ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor untuk membuat laporan khas kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung penyelewengan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).

Jamal bersama kira-kira 50 pengikutnya tiba di perkarangan pejabat SPRM negeri di Wisma PKPS kira-kira pukul 10 pagi dengan membawa dokumen berkaitan yang didakwanya bukti penyelewengan tersebut.

Jamal berkata, kehadirannya hari ini ialah untuk membuktikan bahawa beliau bukan menyebarkan fitnah dan cuba untuk menjatuhkan kredibiliti Ahli Parlimen Seputeh itu, tetapi demi menegakkan keadilan. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain