Kempen itu mendapat kerjasama dari Kumpulan BP Healthcare, penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan bersepadu terkenal di negara ini.

Menurut jurucakap pertubuhan itu, Ong Juin Chong, kempen itu adalah julung-julung kali diadakan mereka bagi memupuk kesedaran masyarakat di negeri ini supaya mencegah penyakit daripada peringkat awal.

"Kita mendapat kerjasama dari BP Healthcare yang menawarkan harga terendah iaitu hanya RM90 untuk 50 jenis ujian termasuk pemeriksaan darah dan urin.

"Kita berharap masyarakat di negeri ini tanpa mengira kaum, bangsa dan agama supaya merebut peluang keemasan ini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Juin Chong memberitahu, kempen tersebut akan diadakan di gelanggang bola keranjang di Taman Perlis di sini bermula pukul 8 pagi sehingga 10.30 pagi.

Katanya, pihaknya menyasarkan seramai 150 orang akan merebut peluang itu untuk melakukan pemeriksaan.

"Bagi mereka yang tidak berkesempatan pada hari itu, mereka boleh membeli baucar pada hari berkenaan dan melakukan pemeriksaan di premis BP Healthcare dalam tempoh enam bulan," katanya. - UTUSAN ONLINE