Ia merupakan agensi pertama di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berbuat demikian sejak pendekatan itu diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Majlis itu yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah LPP,  Datuk Mohd Salim Taha turut dihadiri Pengarah SPRM negeri, Mohd Zaki Hassan dan Pengarah LPP negeri, Abdul Mubin Abdul Razak.

Berucap dalam majlis itu, Mohd Zaki menghargai komitmen yang ditunjukkan oleh pengurusan LPP untuk membersihkan sebarang unsur gejala rasuah dalam organisasi.

"Semoga ikrar yang dilafazkan terus ke sanubari, menjadi benteng awal atau terakhir daripada terjebak semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab,"ujarnya.-UTUSAN ONLINE