Cucu sulung Allahyarham, Fatimah Aina Rashid, 20, memberitahu, setelah kali ketiga mengerjakan ibadat itu, impian neneknya, seorang guru al-Quran di Kamung Sungai Ular, Kuala Berang itu tertunai.


“Ini merupakan kali ketiga Wan (Siti Esah) pergi haji dan kami sekeluarga reda dengan ketentuan Allah,” katanya ketika ditemui di rumahnya semasa menerima ketibaan rombongan Tabung Haji (TH) yang datang menziarah keluarganya pagi ini.


Dalam kunjungan itu, Pengarah TH negeri, Datuk Mohyen Mosman menyampaikan sumbngan Takaful Khairat Kematian, air zam-zam dan kurma yang diterima oleh ayah Fatimah, Rashid Ali, 56, yang juga menantu tunggal Allahyarham.


Siti Esah meninggal dunia pada 7 September lalu akibat serangan jantung ketika berada di hotel penginapannya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Syara’ie, keesokan harinya.


Sementara itu, Mohyen berkata, program ziarah TH itu diharap dapat mereda rasa sedih ahli keluarga jemaah di samping membantu meringankan beban keluarga,dan semoga mereka diberikan kesabaran dalam menghadapi ujian.


“Sehingga kini seramai empat jemaah dari negeri ini meninggal dunia di tanah suci termasuklah Alias Isa, 62, dari Kuala Berang dan Wan Abdullah Wan Embong, 77, dari Kuala Terengganu,” katanya.


Allahyarham Siti Esah yang berlepas pda 11 Ogos lalu menunaikan haji bersama anak tunggalnya, Nor Asiah Tahir, 56, dan dijadualkan pulang pada 25 September ini.-UTUSAN ONLINE