Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

I-Phonic tingkat penguasaan BI

Wee  Jeck Seng (lima dari kanan) bersama Guru Besar yang menerima
Wee Jeck Seng (lima dari kanan) bersama Guru Besar yang menerima set I Phonic bagi pembelajaran Bahasa Inggeris di SJK (C) Cheow Min, Pontian, Johor, baru-baru ini.

PONTIAN 19 Mac – Bagi meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris, Pejabat Ahli Parlimen Tanjung Piai menaja pembelajaran menerusi sistem i-phonic sebagai satu kaedah pembelajaran yang berkesan.

Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Wee Jeck Seng berkata, sebanyak 37 buah sekolah rendah, iaitu 25 sekolah kebangsaan (SK), 11 sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan SJK Tamil menerima tajaan berkenaan.

Beliau berkata, program kali kedua yang dianjurkan oleh pihaknya menelan kos RM222,000 dengan setiap sekolah menerima dua set i-phonic yang boleh digunakan oleh guru dan murid-murid.

Menurutnya, sistem itu mampu membantu murid-murid membaca asas bahasa Inggeris dengan mudah, cepat, tersusun serta sistematik supaya lebih ramai dapat menguasainya.

"Program ini juga antara aspek pendidikan yang dilaksanakan dalam agenda pembangunan Parlimen Tanjung Piai bukan sahaja dalam aspek kemudahan asas, malah pembangunan modal insan kepada golongan pelajar.

“Sebelum ini sekolah-sekolah telah didedahkan dengan penggunaan Smart Board atau papan pintar bagi membantu proses pe­ngajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah,” katanya pada majlis penyampaian set i-phonic di SJKC Cheow Min, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pegawai Pendidikan Daerah Pontian, Zainal Buang.

Jeck Seng berkata, i-phonic mudah digunakan sejak diperkenalkan pada tahun 1995 dan kini banyak digunakan taman bimbingan dan pusat pendidikan swasta de­ngan dikenakan yuran yang tinggi.

“Di peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan format baharu yang diperkenalkan pada tahun lalu, subjek Bahasa Inggeris melibatkan kertas pemahaman dan penulisan,” katanya sambil memberitahu pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) turut dibantu menerusi tuisyen online percuma pada tahun ini.

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain