SAIFUL AZUAR AHMAD JADI
SAIFUL AZUAR AHMAD JADI

Pengarah Jabatan Komuniti dan Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Nilai (MPN), Saiful Azuar Ahmad Jadi berkata, acara itu juga mampu menarik penyertaan orang awam untuk berinte­raksi melalui aktiviti sihat.

Jelasnya, MPN sebelum ini te­lah mengadakan pelbagai akti­viti berfaedah untuk mewujudkan suasana harmoni dan penggerak kepada pembangunan masyarakat antaranya karnival Sukan Rakyat, Larian Keluarga Nilai dan Futsal 1Malaysia.

“Kita melihat Nilai Half Marathon sebagai usaha terbaharu untuk memberi ruang kepada ahli masyarakat berjumpa dan mengenali satu sama lain. Ini kerana pada hari bekerja, kebanyakan daripada kita sibuk dengan pelbagai urusan harian dan keluar bekerja.

“Justeru, pertandingan itu dapat menjalinkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan sekali gus mewujudkan sistem masyarakat yang kukuh,” katanya ketika di sini hari ini.

Nilai Half Marathon mempertandingkan enam kategori iaitu lelaki dewasa, wanita dewasa, lelaki veteran, wanita veteran dan bukan warganegara.

Larian itu menawarkan hadiah wang tunai RM1,500 dan medal untuk johan, RM1,200 dan medal (naib johan) dan RM800 dan me­dal (tempat ketiga).

Tempat keempat hingga ke-10 akan masing-masing akan me­nerima RM200 dan medal manakala tempat ke-11 hingga 15 akan menerima RM100 dan medal.

Dalam pada itu, Saiful Azuar berkata, penganjuran pertandi­ngan itu akan dikendalikan sepenuhnya oleh pegawai dan kakita­ngan MPN melalui Kelab Kebajikan dan Rekreasi.

“Sudah tentu ini cabaran buat penganjur dan kita yakin larian itu akan dapat diadakan dengan baik dan lancar oleh petugas yang terlibat,” katanya.

Menurutnya, program itu juga mendapat kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, St. John Ambulans, Pusat Perubatan Nilai dan beberapa agensi lain.

Setiap peserta dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM50 dan tarikh tutup ialah pada pukul 5 petang, 29 April ini.

Maklumat lanjut mengenai la­rian itu boleh diperoleh dengan melayari www.mpn.gov.my, mymalaysiaevent2016 dan sport.my.